BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 27 June 2011

SAATTERAKHIRR LAYANZZZ

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta
** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
di nantiku
repeat **
satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup
satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Wednesday, 22 June 2011

Sifat Penuntut Ilmu Yang Berjaya

* Dia memiliki kemahuan yang kuat yang tidak mengenal lelah, keinginan yang besar untuk berhasil, semangat yang besar dalam menuntut ilmu dan berusaha sedaya upaya meraih faedah yang banyak.

* Dia mengetahui buah daripada ilmu yang bermanfaat, kedudukan yang terpuji dan akhir yang mulia

* Melangkah dengan bertahap dalam menuntut ilmu, sedikit demi sedikit, satu hadis demi satu hadis dan satu bab demi satu bab.

* Mulai dari yang terpenting dan mendahulukan ushul masalah atau dasar-dasar suatu masalah sebelum menuju cabangnya.

* Sebaik-baik waktu menghafal adalah di pagi hari dan sebaik-baik menuntut ilmu adalah di masa muda.

* Membuat pengkhususan dan mengenal suatu seni dan focus terhadapnya untuk menumbuhkan bakat dalam diri.


* Menuntut ilmu tidak dengan satu cara, ia melalui cara yang bermacam-macam seperti melalui penerangan dari guru, membaca buku, mendengarkan pelajaran, menelaah suatu kejadian dan mengulang pelajaran,

* Sentiasa mengulang pelajaran dengan memantapkan apa yang telah diketahui, menganalisis suatu masalah dan memperdalam ilmu pengetahuan.

* Mengambil berat akan kreatifiti dan kemampuan untuk mengembangkan diri, melenyapkan sikap taqlid dan mengada-ngada.

* Mengetahui ilmu-ilmu lainnya untuk memperluas alam pemikiran dengan tidak berpanjang-panjang dan memperhatikan perkembangan zaman.

* Mengambil berat atas catatan ilmu, mempelajarinya dan mengulangnya setiap waktu.

* Mengamalkan ilmu syarak yang bermanfaat kerana ia adalah modal utama dalam kejayaan.


kepentingan ilmu pengetahuan

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan kerana ilmu itu sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa ilmu kehidupan kita akan berada dalam kejahilan dan kemunduran, bahkan ketinggian ilmu pengetahuan juga merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara kemajuan dan kemunduran sesuatu bangsa dan negara.

Muslimin yang berbahagia,

Perlu kita sedari bahawa ilmu yang ada pada diri kita hanya sedikit, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Kahfi ayat 109 tafsirnya :
"Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan".
Dari ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa ilmu itu sangat luas dan banyak yang perlu diterokai dan dicari. Jalan terbaik dan berkesan untuk meluaskan ilmu pengetahuan ialah dengan mencari, mempelajari, mengaji dan membaca kitab-kitab yang bermanfaat yang mengandungi nilai-nilai murni dan terpuji. Dalam menuntut ilmu kita hendaklah menanamkan sifat ikhlas sekaligus menjauhi sifat jemu, malas dan sebagainya. Apa yang lebih penting kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajari bagi mendapatkan keberkatannya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sememangnya orang yang berilmu itu dipandang tinggi oleh masyarakat berbanding dengan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Oleh itu, setiap Muslim mestilah mementingkan ilmu pengetahuan dan menambahkannya dengan seberapa banyak yang terdaya bagi mencapai kemuliaan dirinya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 9 tafsirnya :
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
Dari ayat tersebut jelas bahawa dengan ilmu seseorang itu boleh maju, membangun, bukan saja untuk dirinya tetapi untuk masyarakat dan negaranya. Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang berilmu itu adalah sangat tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Mujaadilah ayat 11 tafsirnya :
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat. Dan ingatlah Allah Maha Mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan".
Muslimin yang dirahmati Allah,
Allah Subhanahu Wata'ala menganugerahkan akal kepada manusia untuk membezakan manusia dengan haiwan. Dengan akal manusia boleh berfikir dan membezakan man yang hak, mana yang bathil, mana yang benar, mana yang salah. Akal akan lebih berkembang jika diberi ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu pengetahuan perjalanan hidup dapat diurus dengan betul dan sentiasa berjalan di atas kebenaran mengikut petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.
Semua orang sedar bahawa zaman sekarang adalah zaman kemajuan sains dan teknologi yang memerlukan kepada ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Islam tidak menghalang umatnya menuntut apa jua bidang ilmu pengetahuan, baik ianya bidang perubatan, bidang pertanian dan lain-lain bidang yang diperlukan, khususnya bidang yang diperlukan oleh negara kita termasuklah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT. Ilmu dalam bidang ini sewajarnya dikuasai oleh kita umat Islam untuk memajukan umat Islam sekaligus membolehkan kita menyekat dakyah-dakyah palsu yang sering menyerang pemikiran umat Islam. Dengan penguasaan ilmu ICT juga kita dapat menyebarluaskan lagi agama Islam yang suci ini.
Perlu diingat, dalam kita sibuk menuntut ilmu di pelbagai bidang, kita sebagai umat Islam tidaklah dapat sekali-kali meninggalkan tuntutan ilmu agama yang merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. Dengan demikian sahajalah seseorang akan mencapai kebahagiaan dan kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan yang berguna, nescaya kita akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Di samping itu jangan lupa ilmu-ilmu yang bermanfaat itu hendaklah diajarkan dan diamalkan. Semoga kita, bangsa, agama dan negara kita akan maju jaya dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 7 tafsirnya :
"Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata : Kami beriman kepada-Nya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran".


Thursday, 16 June 2011

kisah romantik rasulullah.......sweet

Assalamualaikum semua
Setiap hari kita baca dalam mengenai kisah rumah tangga. Kisah Poligami la, isteri curang la, suami main kayu tiga la dan macam macam lagi la. Sebut sebut pasai poligami , kisah suami lebih muda dari isteri serta suami cari bini muda ni dan pelbagai lagi cerita seringkali kita baca dalam surat habaq. Tak kira la Utusan ka, Metro ka, Harakah, Kosmo ka atau pun Berita Harian.
Macam sesuatu yang pelik pulak kalau lelaki kawin xtra. Kalo dah mampu tu, teruskan lah aja niat murni tu. Kerana itu pun di tuntut dalam Islam. Bukan apa, orang pompuan pun akan dapat manafaat nya jugak. Tapi bila sebut pasai benda tu, mestilah orang pompuan melenting habih. (aku rasa lepaih ni banyak la aku terima emel dari pompuan yang kutuk aku). Depa lagi suka kalau laki depa dok main pompuan luaq. Pi Siam ka, Surabaya ka, Batam ka dan banyak lagi la tempat tempat strategik.
Cuba la pakat pakat redho.Haaa.. ..nanti di akhirat dapat payung emas lagi. Dari segi kesihatan pun memang elok bagi pompuan kalau laki depa ada bini extra. Ni bukan saja reka reka. Banyak artikel yang mengisahkan tentang ini. Cuba cuba la banyak membaca. Ni tak Asyik nak baca kisah Mawi kawin Ekin ja. Hampeh je kisah Mawi ngan Ekin tu. Macam depa ja yang kawin. Perghh…. Lagi satu jangan dok ingat laki kat umah tu baik…..jalan tunduk ja. Pijak semut pun tak mati. Kadang yang lagu ni la lagi hantu. Baik tentu yang kita memang tahu dia ni haprak. Tapi dalam hati sapa yang tau. Tapi kaum Adam ni pun jangan la nak mengada ngada sangat. Mentang mentang aku bagi tips nak amik kesempatan konon. Mampu yang aku maksudkan disini bukan lah sekadar boleh bagi makan pakai jer, tapi merangkumi dari pelbagai sudut. Ini termasuk dari segi kasih sayang nya, giliaq malam nya dan juga hubungan silaturrahim sesama keluarga kedua dua pihak. Kalu tak leh…hah..jangan nak menggatai. Lagi satu aku nak bagi tips. Jangan suka tipu bini. Tapi sikit sikit muslihat tu boleh la. Sebut pasai muslihat ni, aku teringat satu kisah romantik Rasulullah kita. Kisah nabi kita dengan barisan isteri isterinya. Ambiklah iktibar dan tauladan dari kisah ini bagi yang berhajat nak buka cawangan lagi satu. Kisah nya beginii….. teng teng teng….. Suatu hari semua isyteri isteri Rasulullah berkumpul di hadapan nya (macam meeting mingguan la kot). Lalu bertanya lah wakil isteri baginda. Diantara mereka, siapakah yang paling baginda sayangi? Lalu Rasullah menjawab, saya akan bagi tahu kamu semua nanti…..balik la dulu….. Selepas mendapat jawapan tersebut, maka barisan isteri isteri Rasulluah pun balik la kerumah masing masing. Selepas dari pertemuan tersebut, Rasullullah pun membelikan setiap seorang isterinya itu sebentuk cincin.Semasa menyarungkan cincin tersebut, baginda berbisik supaya jangan diberitahu kepad isteri isteri yang lain. Pada minggu berikutnya pertemuan sekali lagi di adakan bersama isteri isteri baginda. Kesemuanya berdebar debar menanti jawapan dari Rasulullah tentang soalan yang di kemukakan pada pertemuan minggu sebelum nya. Dengan tenag Rasullullah berkata; “ISTERI YANG PALING AKU SAYANGI IALAH YANG KU BERIKAN CINCIN KEPADA NYA”. Kesemua isteri Rasulullah tersenyum puas. Mereka menyangka kan diri mereka saja yang mendapat cincin. Jadi mereka menyangka diri mereka sentiasa di sayangi Rasulullah dan tidak terasing. Aku rasa cukup dulu aku citer kisah romantik Rasullullah. Insya Allah aku akan citer kisah romantik Rasulullah bersama isteri nya Aisyah di dalam bilik air di masa depan serta banyak lagi kisah kisah romantik Rasulullah yang akan aku dipaparkan untuk renungan bersama . Semuga kita semua di berkati Allah jua hendak nya. Aminnnnnn!!! !!



ARTIS CHUMELLLL

saje lepak2 kat youtube tetibe terbukak la video minah ni nyanyi lagu.............wah santeknyer minah ni da suare sedap nyanyi naaseb bek org putih law tak da lame nk ngorat die tawwww opsssss xleh2 huhuuh........tp suare die best la kiut jer.....untong la law sape jd pakwe si megan nicole ni huhuhu pape pon video die aku suker la  kn jom layan lagu die nyanyi nk layannnnnnnzzzzzzzz...................

                          lazy song..........kiut monkey tu kan hak3
                                pray pon sedap gakk....suare manje jerrr.....
                  fireworkkkk....pandai gak si budak nicole ni men piano
                                greenade besttttt huhuhuhuhu

banyak ag la video lagu die yang best-best law korg nk tgk g tengok sendiri kat youtube ek...penohh video die he3....tapi die xde lagu sendiri la tu la yg tak best nyerrr....mybe ade kot aku jer x jmpe ag hahahaha....pape pon u look so sweet n cute nicolee.....huhuhu tgk la head blog aku pic die kot pnye la minat si ncole ni......ok la 2 jela nak citer kt sini ok bye2

Tuesday, 14 June 2011

DOA BUATKU.........ERMMMMM

 Ya Allah...
jika aku jatuh cinta 
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. ...

Ya Allah.....
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku pada Mu

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati....
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang 
yang hatinya tertaut pada Mu
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbani....
jika aku jatuh hati 
jagalah hati ku padanya 
agar tidak aku berpaling kepada Mu

Ya Rabbul Izzati......
Jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak aku lalai 
dalam merindukan syurga Mu...

Ya Allah....
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu
Janganlah kenikmatan itu 
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir Mu

Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada seseorang
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang 
menyeru manusia kepada Mu

Ya Allah....
jika kau halalkan aku merindui seseorang
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki 
dan rindu abadi hanya pada Mu

Ya Allah.....
Engkau mengetahui 
bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu
Telah berjumpa untuk taat kepada Mu
setelah bersatu dalam dakwah Mu
telah berpadu dalam membela syariat mu
Kukuhkanlah ikatannya

Ya Allah
kekalkanlah ikatannya
tunjukanlah jalan-jalannya
penuhilah hati-hati ini 
dengan Nur Mu yang tidak pernah pudar
lapangkan lah dada-dada kami 
dengan keimanan kepada Mu 
dan keindahan bertwakal ke jalan Mu

Amin..Ya Rabbal Alamin


BERMULA LAH AKU SEBAGAI BLOGGER BARU

hello kepade sesape yg sudi mendengar coretan aku kat blog ni
kepade yg sudi mengDESIGN blog aku ni diucapkan la terima kasih ek
meriah gler blog aku ni hahahha...wat kawan2 sudi2 kan la menjengok 
da tegor2 la mane yg ptot ok!!!
niatade blog ni bkan ape saje jer nak lepak2 kat sini plak kan sambil meng ON9
bkak la blog kan leh gak mengaro dl ni hahahh
pape pon g la jengok2 my blog ok........bnyk ag mende yg nka dikongsi dalam blog ni

sama2 la kita lihat ny ok.....................chilllllll