Wednesday, 13 February 2013
FADHILAT SOLAT DHUHA
Posted by faez at 20:56 0 comments
Saturday, 4 August 2012
Kelebihan Ramadan
- Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
- Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
- (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan
engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah
menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah
Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah
kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
- (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan
dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
- Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
- Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
- Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
- Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
- Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
- Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
- Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
- Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
- Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
- Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
- Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
- Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
- Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
- Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
- "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
- "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
- "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
- Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
- Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
- Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
- Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
- Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Posted by faez at 22:06 0 comments
hello
Posted by faez at 22:04 0 comments
30 keistimewaan Bulan Ramadhan
1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa
sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al
Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab
yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu
meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan
Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang
menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2. Ramadhan bulan mujahadah
Para
ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam
mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam
bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan
iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau
menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah
juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah
Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa
mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik
dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang
mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang
dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin ,
Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan
minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus
disegerakan.
5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah
Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa
solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam,
dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka
berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan
yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga
boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan
atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap
umat Islam yang lain.
6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan
Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan
meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram.
Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw.
bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata
'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah
bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada
yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang
menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat,
Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih
boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah,
tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah
menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan
adalah ubatnya”.
8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan
oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang
ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah
diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa
yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat
beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat
sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan
Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa
yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha
Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)
10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari
Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan
umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi
sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal
malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah
maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah
Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang
hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah
Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta
ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).
13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah
Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla
memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah
dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat
dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR.
Baihaqi).
14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah
Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam
terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu
bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar?
Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang
yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya
akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah
Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan
ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).
Dalam
Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di
atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka
ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya
Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz
yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga
syaitan seperti terbelenggu.
16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah
seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah,
tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain
Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah
melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah
berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah
saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq
dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari
Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir
bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang
penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih
baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya
sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan,
barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka
ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa
mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh
puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah
Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat,
pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari
neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah
akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan
barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan
memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke
dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)
21. Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23. Pahala i’tikaf di bulan Ramahdhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.
26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).
27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.
29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam
Posted by faez at 22:03 0 comments
FADHILAT RAMADHAN
Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:
Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi
diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul-
Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah
سبحانه وتعالى telah menjadikan puasa pada siang harinya
sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih )
sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah سبحانه وتعالى
padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah
menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang
menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang
menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.
Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia
adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada
orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa
untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan
kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang
tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya."
Sahabat-sahabat
رضي الله عنه lalu berkata, "Tidaklah setiap dari
kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk
berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى
memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji
tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang
berpuasa untuk berbuka."
Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya
keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang
meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu
maka dia akan diampunkan oleh Allah
سبحانه وتعالى. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu
dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu
memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu
dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu
memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh
tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah
سبحانه وتعالى dan meminta perlindungan dari api neraka.
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah
سبحانه وتعالى
akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali
minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.
(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah, Baihaqi dan Ibnu Hibban)
Posted by faez at 21:35 0 comments
Saturday, 16 July 2011
khas buat awek-awek
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!
Posted by faez at 02:02 0 comments
Friday, 1 July 2011
HAMBAMU....LAGU FEBRET
Owh ho..
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Hambamu Allah…..
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Posted by faez at 18:37 0 comments